Nuffnang

Thursday 7 July 2011

Memaafkanlah seikhlas mungkin

Suatu hari apabila Rasulullah s.a.w ditanya mengenai budi pekerti atau akhlak yang mulia, baginda menjawabnya dengan membacakan ayat Al-Quran surah al-A'raf:198 yang bermaksud:

'Berilah kemaafan,ajaklah kepada kebaikan dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil"
sabdanya lagi mengingatkan: "Akhlak yang mulia ialah menghubungkan orang yang memutuskan hubungan denganmu,memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadamu dan memaafkan orang yang menganiayaimu."                                                                                                        
(Hadis riwayat Jabir).

Terang dan jelas,antara ciri-ciri akhlak yang mulia adalah memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita. Sayangnya,sama ada kemaafan itu diminta atau tidak,tidak dapat dinafikan sememangnya kebanyakan kita agak sukar memberikannya seikhlas yang mungkin,kerana perasaan ego yang menebal dalam jiwa.

walaupun lisan mengucapkan "saya maafkan" tetapi ketikanya masih ada kesan yang membara. kerana itulah barangkali kita masih teringat-ingat salah orang yang pernah menimpa diri,dan akhirnya menimpa diri sendiri.


Namun itulah kita, makhluk yang tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Tetapi Allah, al-Khaliq yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang, akan sentiasa pula bersama hamba-Nya yang terus berusaha menjadi amnusia yang sempurna untuk mencapai keredhaan-Nya.


      Jadilah diri kita seorang yang pemaaf...

Dipetik dari majalah Al-Islam, Tahun 1998

2 comments:

cikgu said...

tp...kdg2 teringat2 walau hati kata dh maafkan....camana nak wat?

Hani Fakhitah said...

walau hati dah kata maaf..susah jgak..apa2 pun urusn kita dgn manusia dah slsai terplang kpda dia sma ada nk maafkn atapun tidak.Sebaik2 penilai adlah Allah..kita xthu hati seseorg itu mcm mna? sedangkan Nabi S.a.w sendiri pun memaafkn org yang pnah menzalimi dia..Doa2 semoga di buka pintu hati dia untuk memaafkan kita.. wallhualam