Nuffnang

Wednesday 19 November 2014

PERJALANAN...

Assalamualaikum semua.. didoakan semoga sahabat-sahabat blog sihat semua kehendaknya
sudah lama tidak menulis dalam ruangan ni..bersawang da.lebih 2 tahun saya tinggal huhu...
perjalanan hidup sebagai hambaNya tetap diteruskan.. banyak suka duka yang saya tempuhi..

Tahun 2012

Sepanjang tahun 2012 banyak pengalaman yang dapat saya timba dan kutip, selepas tamat belajar di maktab perguruan dalam pengkhususan KPLI J-qaf selama 1 tahun 6 bulan..dalam tempoh 5 bulan duduk menggangur dok tunggu panggilan posting semula ke sekolah..sepanjang tempoh tersebut tak kan saya nk duduk saja kan..saya amik keputusan untuk bekerja di kedai makan.tauke dia sangat baik..saya panggil k.ida...kalau kawan-kawan ada peluang nak rasa masakan k.ida boelh pegi kedai .ida dekat sungai besi k.l, kemudian saya bekerja di bazar ramadhan dalam masa yang sama..saya memohon untuk menjadi guru ganti di sek rendah agama.Alhmadulillah dapat..saya sempat mengajar selama 2 bulan ja...sekejap ja rasa..duduk tak lama tarikh 16 oktober 2013 saya dapat surat panggilan posting Alhamdulillah..syukur..Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..inilah pengalaman yang sangat berharga buat saya...susah nak  dilupakan..susah payah sepanjang hidup di k.l..jadilah kita hamba yang sentiasa bersyukur..semoga Allah memberkati perjalanan hidup saya.

Tahun2013

Tanggal 28 Mac 2013 Alhamdulillah dengan sekali lafaz saya selamat menjadi isteri kepada Mohamad Tarmizi.. Abang.sha doakan semoga rumahtangga yang kita bina bahagia berkekalan hingga ke syurga...
Ya Allah limpahkanlah mawaddah warahmahmu ke atas kami...
kat bawah ni saya sertakan pic kawen saya..
 



Akad Nikah



28 Mac 2013 di pedu, kuala nerang
30 Mac 2013 di penang.

Ni kenangan semasa saya dan suami g sabah Pulau Mabul..pegi dengan kawan-kawan satu sekolah..memang best..xpenah lagi saya pegi sana.. first time nek flight.. memang teruja..cantik sangat Pulau Mabul..Air dia jernih sangat2 boleh tengok dasar laut..ikan macam2..selama ni dok tengok dalam TV ja..kali ni memang betul tengok real..Subhanallah..rasa macam nk pegi sx lg... canik sangat..kt sana siang xda letrik malam ja baru ada..






kalau sahabat-sahabat nak tahu pasai budgget pegi sanaboleh buka link ni:-http://dilamin.blogspot.com
  tengok dekat pulau mabul yea... ada rezeki memang nk pegi lagi sekali..best oo..tqvm tuk abg scuba jeff layanan yg first class..5 bintang saya bg..hehe..

saya stop sampai sini dlu..nnt saya sambung lain ya...penat da tulis..jumpa lagi.Assalamualaikum..

















Monday 8 October 2012

Golongan yang tercicir

Gejala Keciciran Di Zaman Rasulullah SAW
1.       Orang-orang yang tidak ikut serta dalam perang Tabuk

Ø  3 orang Islam (Ka’ab bin Malik, Murarah ibn Ar-Rabi’ dan Hilal ibn Umayyah) tidak meneyrtai perang Tabuk. Mereka dipulaukan oleh orang Islam yang lain.
Ø  Orang munafiq juga tidak ikut berperang. Mereka datang bersumpah dihadapan Rasulullah memberi  sebab
2.       Hatib bin Abi Balta’ah

Ø  Dianggap sebagai pembocor rahsia kerajaan dan pengkhianatan besar
Ø  Ketika Rasulullah sedang dalam perjalanan menuju ke Mekah, Hatib menulis surat kepada orang Quraisy memberitahu persiapan dan tujuan keberangkatan Rasulullah SAW à surat diberi kepada seorang wanita (disimpan disanggul) à Rasulullah tahu & hantar Ali bin Abi Tali dan Zubair bin Al-Awwam mengejar wanita tersebut
Ø   Allah SWT menurunkan ayat Surah Al-Mumtahanah ayat 1-4 berkaitan peristiwa tersebut
3.       Masjid Dirar

Ø  Orang munafiq cuba memecah belahkan barisan Islam dengan mendirikan masjid yang pada zahirnya menunjukkan rahmat tetapi hakikatnya membahayakan orang-orang Islam.
Ø  Rasulullah SAW memerintahkan Malik Ibn Ad-Dakhshum dan  Ma’nim ibn ‘Adiyy supaya meruntuh dan membakar masjid tersebut kerana ahli-ahlinya diangagap zalim.
Ø  Turun ayat 107 Surah At-Taubah menceritakan hal tersebut.
4.       Hadithul  Ifk
5.       Abu Lubabah

SEBAB-SEBAB KECICIRAN

Pertama: sebab-sebab berhubung dengan gerakan

* Kelemahan sudut tarbiyyah
* Tidak meletakkan seseorang ditempat yang sesuai
* Tidak membahagi-bahagikan kerja kepada anggota
* Tidak mengambil berat hal ahli
* Tidak menyelesaikan persoalan dengan segera
* Pertikaian dalaman
* Pimpinan tidak layak

Kedua: sebab-sebab yang berkaitan dengan individu

* Tabi’e/ perangai yang tidak tetap
* Takut berlaku sesuatu keatas diri dan pendapatan
* Melampau
* Bermudah-mudahan dan longgar
* Tertipu dengan kedudukan dan bersikap menonjol diri
* Cemburukan orang lain
* Fitnah senjata


Ketiga: sebab-sebab luar yang menekan

* Tekanan ujian
* Tekanan keluarga
* Tekanan persekitaran
* Tekanan gerakan-gerakan berbahaya
* Tekanan bermuka-muka
Pertama: sebab-sebab berhubung dengan gerakan
1.Kelemahan sudut tarbiyah
-Gerakan yang lemah : menjadikan tarbiyah hanya sebahagian kecil berbanding bidang-bidang lain seperti pentadbiran, penyusunan dan politik
-Setiap anggota harakah sama ada qiyadah atau jundiyah mesti mengikuti tarbiyah walau sesibuk mana sekalipun.
-Hubungan anggota (individu) dengan harakah hendaklah berasaskan kepada hubungannya dengan Allah dan Islam. –
-Harakah menjadi wasilah (alat) bukannya ghayah (matlamat). Harakah adalah wasilah untuk melaksanakan perintah Allah dan usaha untuk  mencapai keredhaan Allah.  
-Kita hendaklah membebaskan diri dari menjadikan keterlibatan dalam harakah untuk mencari kepentingan diri. Niat perlu ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan tidak boleh mensyikkanNya dengan sesuatu apa pun.
2. Tidak meletakkan seseorang ditempat yang sesuai
-harakah perlu memilih dan memberi  tugas kepada seseorang anggotanya mengikut kebolehan, kecenderungan dan tab’ie individu tersebut.
-harakah perlu menyusun unsur-unsur tenaganya mengikut bidang masing-masing seperti tarbiyah, politik, harta dan ekonomi, riyadah, dan lain-lain.
-proses pemilihan tempat atau tugas yang sesuai untuk seseorang mesti dihalusi dan diteliti. Tidak boleh dinuat secara tergesa-gesa atau secara mendadak.
3. tidak membahagikan kerja kepada anggota
-perlu menggunakan kecenderungan anggota untuk kepentingan Islam mengikut perencanaan yang dibuat oleh harakah.
-Setiap anggota mesti merasa bertanggungjawab, merasakan ia adalah anggota yang aktif, tidak mengambil kira kerja dan kedudukannya.
-pemberian tugas perlu diberi kepada ahlidisemua peringkat (tidak kira muda atau tua, anggota baru atau lama).
4. tidak megambil berat hal ahli
- akibat : ahli akan meninggalkan harakah malah boleh keluar dari lingkungan Islam
-Hubungan atau ikatan yang diwajibkan oleh Islam ke atas setiap orang Islam ialah bersatu dalam sudut pemikiran, rohani dan perasaan, hendaklah merasakan seolah-olah seperti satu jasad.
-Perhatian yang boleh diberikan oleh harakah terhadap ahlinya boleh dilakukan dari dua sudut: iaitu program dan melalui sikap persaudaraan serta bantu membantu oleh kedua pihak.
-sesuatu harakah Islamiyyah yang Berjaya mengeratkan tali persaudaraan kerana Allah akan Berjaya menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi olehnya dan ahli- ahlinya
5.tidak menyelesaikan persoalan dengan segera
-peneyelsaian masalah yang timbul dengan mudah dan cepat akan menjadikan perjalanan dakwah teratur dan rapi, sebaliknya kelambatan menyebabkan malah menjadi bertimbun dan berganda.
-faktor kelembapan dalam menyelesaikan masalah gerakan adalah :
                > kelemahan pucuk pimpinan (tidak mampu meneylesaikan masalah yang timbul)
                > kelemahan pentadbiran
                > program yang terlalu besar dan luas menyebabkan pimpinan tidak dapat menyempurnakan keperlua-keperluan kerja yang pelbagai.
6.Pertikaian dalaman
- Sebab berlaku :
                > kelemahan pimpinan (tidka Berjaya menguasai barisan dan tidak dapat membuat keputusan)
                > campurtangan dari kuasa luar (untuk menimbulkan fitnah)
                > berlumba-lumba untuk mendapatkan kedudukan dan jawatan
                > tidak iltizam dengan dasar harakah, kaedah atau prinsipnya. Tidak mahu mengikut keputusan yang dibuat oleh
                   badan-badan harakah, malah mahu menonjolkan diri sendiri
                > tiada kerja atauprogram yang boleh menggerakkan ahli bersungguh-sungguh berjihad (kerja keras)
7.Pimpinan tidak layak

  •  Factor kelemahan :

Ø  kurangnya kemampuan berfikir (kepimpinan tidak dapat memenuhi kehendak pemikiran ahli). Adakala pemimpin hanya berupaya di sudut pemikiran sahaja tetapi lemah dari sudut lain.
Ø  Kelemahan dalam kebolehan mentadbir
  • Sifat –sifat yang perlu ada pada pimpinan :

1.       Mengenali dakwah
2.       Mengenal diri :  - mengetahui kelemahan dan berusaha memperbaiki
-          Mengenali kekuatan dan berusaha menyuburkannya
-          Mengambil berat untuk mengembangkan ilmu dan membaca pendapat-pendapat, pemikiran pemikiran politik , kemasyarakatan, ekonomi dan sebagainya.
-          Mengambil berat mengenai tokoh pemimpin Islam yang lain, berusaha mengetahui cara pimpinan mereka serta factor –faktor kejayaan atau kegagalan mereka.
3.       Mengambil berat tentang ahli
4.       Teladan yang baik
5.       Mempunyai pandangan yang mantap
6.       Keazaman yang kuat
7.       Daya tarikan semula jadi
8.       Penuh yakin
Kedua: sebab-sebab yang berkaitan dengan individu
 
1. Tabi’e/ perangai yang tidak tetap - terdapat banyak factor seseorang tertarik dengan harakah. Tetapi, apabila mereka sedar mereka tidak dapat mengikut dasar, peraturan dan tidak dapat patuh kepada harakah, mereka pun meninggalkannya.
-setiap perbuatan yang dilakukan perlulah mengikut peraturan harakah yang berlandaskan syariat Islam.
2. Takut berlaku sesuatu keatas diri dan pendapatan

3. Melampau (ekstreme)
- melakukan sesuatu lebih daripada keupayaannya, melampaui batas dan tidak dapat menerima sikap sederhana.
-keupayaan manusia untuk memikul bebanan dan tanggung jawab adalah berbeza.Dengan sebab itu syari’at memperuntukkan hukum-hukum ‘azimah (kemestian) dan rukhsah(keringanan) yang menjadi ciri pelengkap manhaj Islami.

4. Bermudah-mudahan dan longgar
-orang yang bermudah-mudah (sambil lewa) dalam mengerjakan perintah Allah dan dalam iltizam dengan hukum-hukum syara’ akan mendapati diri mereka bermudah dalam semua perkara, dari kecil hingga besar, dari satu masalah kepada semua masalah.
- mereka tidak mengambil berat perkara halal dan haram, melakukan dosa-dosa walaupun dosa kecil

5.Tertipu dengan kedudukan dan bersikap menonjol diri
-sikap ini merosakkan penda’wah, menjadikan amalan mereka tergantung,  menghapuskan pahala, dan memberi akibat buruk kepada mereka.

6.Cemburukan orang lain

7.Fitnah senjata
-merupakan gejala ekstrim yang paling bahaya dan membawa akibat buruk.
-keburukan yang berkaitan dengan penggunaan kekerasan :
                > objektif pemilikan kekuatan adalah tidak jelas
                > tidak terikat dengan syarat penggunaan kekuatan . Syarat penggunaan kekuatan :
                                1. berusaha bersungguh-sungguh  menggunakan cara lain dan penggunaan kekuatan hanya merupakan
                                    cara terakhir.
                                2. penggunaannya hendaklah di bawah pengawasan Imam dan jama’ah Muslimin, tidak boleh diletakkan
                                     di bawah kehendak individu dan orang ramai.
                                3. jangan membawa kepada kerosakan atau fitnah
                                4. Untuk menggunakan cara ini, jangan keluar dari As-Siyasah Asy-Syar’iyyah
                                5. hendaklah menurut tertib
                                6. persediaan yang sempurna dan teliti
                                7. jauh dari istidraj (peningkatan yang tidak baik) dan menyahut tindak balas
                                8.tidak harus mendedahkan orang Islam untuk dikuasai musuh, dalam keadaan tiada keseimbangan.
 Ketiga: sebab-sebab luar yang menekan

1. Tekanan ujian
-ujian mesti berlaku untuk membersihkan berisan dan menguji keimanan.

2.Tekanan keluarga
-contoh: tekanan daripada ibu bapa dan anak-anak
-Al-Quran member amaran supaya jangan tunuk kepada tekanan ahli keluarga yang melarang dari jalan Islam.
 (At-Taubah:24)

3.Tekanan persekitaran
-contoh: keadaan (biah) yang tidak membantu dia mengamalkan Islam.
-faktor kalah kepada tekanan persekitaran: 1)asas pembentukan yang tidak betul(keraguan atau kegoncangan dalam aqidah). 2)iltizam yang hanya ikutan atau malu dengan keadaan sekitar (bukan berdasarkan iman dan keyakinan) 3)enggan masuk ke dalam persekitaran dakwah dan kumpulan para du’at.

4.Tekanan gerakan-gerakan berbahaya
-gerakan-gerakan yang bertopengkan Islam, tetapi hakikatnya mengkritik dan menimbulkan keraguan untuk menimbulkan keraguan dan menghancurkan harakah Islam atas nama Islam.
5.Tekanan bermuka-muka
-suka menaikkan diri sendiri, meneyebabkan timbulmya penyakit ‘ujub, terpedaya dengan diri sendiri, mementingkan diri, dan ego.

Created by:Blog  Jundi Tarbawi

Friday 20 July 2012

Ramadhan Milik Kita

Bersyukur ke hadrat Ilahi.. kerana masih diberi kesempatan untuk kita sama-sama dapat meraikan Bulan Ramadhan yang penuh berkat... Bulan yang membawa kepada kita 1001 Rahmat buat kita.. hanya kita sahaja yang perlu bijak merebut peluang.. Janji Allah itu Benar...

Dikesempatan ini.. ana nak ucap.. Marhaban Ramadhan Kareem..  dan Selamat berpuasa..
Semoga kita memperoleh ketaqwaan .. apa yang penting setting Niat berpuasa kerana Allah


Saturday 2 June 2012

CIRI-CIRI ORANG BERFIKIRAN POSITIF

  • Utamakan kehandak syariat
  • Tidak berputus asa
  • Tabah berhadapan dengan kesulitan hidup
  • Menerima Qada' dan Qadar Allah dengan redha.
  • Berusaha bersungguh-sungguh untuk ubah taraf hidup
  • Mewujudkan budaya saing secara sihat.
  • Hati dan jiwa bertambah bersih.

pencinta ilmu...

Assalamualaikum..sahabat2 semua.. selamat bertemu kembali kita di alam maya.. sudah lama ana tidak menulis dalam ruangan ini..bukan apa sibuk je memanjang.. sedangkan ada masa.. ana rasa ana dah ketandusan idea untuk menulis..Blog ana biasa2 ja..ana bukanlah seorang yang kreatif..bila jengok je blog para dae'i yang lain..semuanya mantap2.. rasa diri ni kerdil ja..x layak untuk berdiri sama2 dengan mereka yang lain.. apa yang penting.. think positive.. I/Allah apa yang penting "NIAT" kita.. untuk berkongsi dengan semua...

Setelah beberapa bulan..blog ini sepi tanpa berita... kat sini ana cerita serba sikit tentang perjalanan hidup ana, banyak sangat episod suka duka berlaku,pahit manis.. ana tahu semua orang akan rasa benda yang sama..

JANUARI 2012 (WALIMAH NORMI &KASYFUL AZIM)

Awal tahun ni..berlangsungnya..walimah adik ana..@ kembar ana...Tahniah buat adik kembar yang disayangi.. Rasa satu kehilangan ja..dulu dialah teman ana.. pergi mana2 pun semua sekali, makan,tidoq, kongsi cerita.. Indah sunggub kalau diingatkan balik...kami berdua x boleh pisah..kembar nama pun..hehe..bila dia dah kawin..segala-galanya dah berubah.. ana dah xda kawan..nk kongsi masalah..huk huk...sedihnya... apa pun SELAMAT PENGANTIN BARU.. SEMOGA RUMAH TANGGA YANG DIBINA DILIMPAHI MAWADDAH WARAHMAT... ^_^


JANUARI- APRIL (PRAKTIKUM)

Sepanjang tempoh ini.. Alhamdulillah.. ana selamat menjalani latihan praktikum KPLI J-QAF.selama 4 bulan.cukup2 mencabar..memerlukan kesabaran,kekuatan, tambahan pula ana kena ajaq tahap 2..aduss..rasa sakit kepala pun boleh jadi.. ana kena pandai handle budak2 ni..ana bukan ada pengalaman pun..semuanya masih baru lagi..ala kullihal...Demi cita-cita ana dari dulu lagi..ana nak jadi USTAZAH..ana sahut cabaran untuk buat yang terbaik..ana usaha selagi ana mampu.sokongan dari  mak abah, family yang tercinta, sahabat-sahabat seperjuangan, insan yang teristimewa...cikgu2 SKBTS...amatlah dihargai..jasa kalian..x akan ana lupakan..Hanya Allah tahu menilai..dan xlupa juga..terima kasih banyak2 buat pensyarah pebimbing ustazah Syarifah Nabilatul Huda,kami semua dkt kampus IPG Teknik panggil "ummi". seronok dapat observe ummi.. selalu bagi kata-kata semangat..ummi sporting tapi tegas..,namun jiwanya penuh dgn kasih sayang..semoga Allah Rahmati ummi.. tambahan pula sepanjang di observe.ummi tak berapa sihat.dengan berapa kali keluar masuk hospital.. ana yakin ummi seorang yang kuat.n bersemanagt..paling menyedihkan ana..dapat berita ummi keguguran..sewaktu nak obsrve kami..MasyaAllah.. Innalillahiwainnailaihirajiun.. hanya Engkau saja mengetahui..apa yang berlaku.. tidak Engkau jadikan semua ini sia-sia..Didoakan semoga ummi Tabah menghadapi ujian ini..i/Allah anak ummi bakal tunggu di JANNAH..





18 MEI 2012

Sambutan hari guru.. sambutan yang ke-2 buat ana..terima kasih buat anak2 didikku..ana harap kalian jadilah permata yang berharga..kalianlah generasi pewaris Anbiya" generasi mata rantai perjuangan.. walaupun masih setahun jagung dalam duniai pendidikan ni.. ana tahu..ana kena kuat n jadi org yg berilmu budak2 zaman lani..dah xmacam dulu.. Nabi sendiri pun cakap.."Didiklah anakmu seiring dengan zamanMU.." Ya Allah kau ampunilah segala dosaku..dosa guru-guru2 ku..yang mana pernah mendidik aku suatu ketika dahulu.. Ya Allah tempatkanlah guru-guruku yang telah menghadapmu dikalangan orang2 yang bertakwa salafussoleh..dan rahmatilah segala perjalanan hidup kami..kurniakanlah pahala yang berpanjangan..sampai akhirat sana..TERIMA KASIH GURU-GURUKU...



EXAM OH EXAM

Pejam celi pejam celik..ana sekarang berada di penghujung kursus KPLI J-QAF.. selama 1/2 tahun.. Alhamdullillah bersyukur pada Mu Ya Allah.. kerana engkau permudahkan segala-galanya.. I/Allah ana akan buat yang terbaik untuk exam ni..Demi masa depan..
Good Luck buat semua kawan-kawan.. terutamanya sahabat2 j-qaf 2, k.syahduna,k.nik,k.azi, k.ain.. syukran kalian banyak membantu... semoga Allah beri kejayaan buat kita..^_^

"SELAMAT BERJUANG.."







Monday 19 March 2012

Sebaik-baik teman


Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihatnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya, menambah ilmu agama. Melihat gerak-gerinya, teringat akan kematian.

Benarlah kata pujangga...
"Bahagia itu bermula dari hati yang ikhlas..."

IKhlaskah kita untuk memberi kasih kepada insan yang memerlukan..kasih sayang yang sangat berharga sangat susah untuk dinilai...hanya insan yang benar-benar memahami saja yang mampu merasainya...

Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang sentiasa menghubungkan Silaturrahim...

Benarlah Firman Allah dalam Al-Quran:
"Sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara.."
.saudara sesama islam, satu akidah,satu agama, satu Ummah...Hebatnya Allah...

Thursday 23 February 2012

PESTA BUKU KEMBALI LAGI!!!!!!!!!!!!

 Assalamualaikum...

sahabat-sahabat semua..jom kita pegi ramai-ramai 
ekspo Jualan buku terhangat.. yang berlangsung pada:
Tarikh :24 Februari 2012-4 Mac 2012
Tempat: Dewan cemapaka sari precint 3, Putrajaya.

Jangan lepaskan peluang ni....jom semua...g ramai2..