Nuffnang

Thursday 1 December 2011

Suka, sedih,gembira..senyum...

Assalamualaikum..sahabat2 semua pertama dan selamanya..ana mohon maaf dah lama ana x update blog..bukan kerana tak ada masa. tapi ana tak pandai nak bahagi masa ana dengan baik.. Allah beri masa dekat kita semua sama.."sebagaimana firman Allah: Demi Masa!!!, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
I/Allah entry kali ini..ana nk cerita tentang kisah hidup la.. banyak sangat peristiwa sedih, suka, gembira yang berlaku.

HIJRAH

Selamat Menyambut Maal Hijrah..untuk semua...semoga dengan peristiwa hijrah junjungan besar Nabi S.A.W, mari sama-sama kita ambil intipati dan mesej sebenar hijrah nabi..Bila ana baca ja sejarah tentang kisah perjalanan dakwah nabi..mesti air mata ana berlinangan ( ana x pasti mungkin antum pun rasa benda yang sama mcm ana)..sedih..betapa susah payahnya Nabi dan para sahabat nak bawa Islam..pengorbanan jiwa raga mereka tak terhitung banyaknya..memang layak untuk mereka Syurga Hakiki.. renung2 dalam diri apakah kita layak meraih syurga seperti mereka.. apa yang penting Kita adalah mata rantai perjuanganRasulullah.. Ya Rasulullah Syafaatkanlah kami.Semoga dengan peristiwa hijrah ini, kita sama2 berhijrah untuk menjadi yang terbaik..


JADI STUDENT SEMULA

Sepanjang 3 minggu ini ana dah kembali ke maktab..agak mencabar sem ni banyak subjek yang memerlukan presention secara personal.. i/Allah ana akan buat yang terbaik..banyak  ilmu yang kami dapat.. sejarah zaman tok nenek yg dah tinggai lama, Alhmadulillah belajar balik.. kalau tidak pakat x sentuh dah..pensyarah ada yang garang, sporting..memang best jugak.. Tapi baru2 ni ana demam sampai 4 hari nak belajar pun dah xlarat..kelas x boleh ponteng, ana gagahkan diri juga untuk ke kelas.. Alhamdulillah ana kawan yang memahami, dia tolong salaing nota..terima kasih Hanizah.. my patners sebelah ana dalam kelas..mungkin ada ibrah yang Allah nak bagi..moga terampun dosa ana..teruskan bersemangat..Ya Allah permudahkanlah jalan untukku menimba ilmu.. Aminn...

KENDURI KAHWIN ABANG

Alhamdulillah..selesai sudah walimah yang pertama dalam keluarga.. Rasa teruja juga bila nak dapat k.ipar.. Alhamdulillah abang selamat melangsungkan perkahwinannya...X sangka ramai sangat tetamu yang hadir.. Paling2 rasa keberkatan bila syeikh dari mesir sudi datang ke walimah abang..,Alhamdulillah bersyukur sangat..semoga keluarga ana diberi rahmat oleh Allah..moga walimah yang seterusnya meriah macam yang pertama juga..masih ada 5 lagi walimah yang bakal menyusul..i/Allah... kt bawah gambar pengantin.



KURSUS BINA INSAN GURU

Sepanjang 4 hari 3 malam berkhemah..dah lama ana tak rasa ala tamrin dan tarbiah..rindu zaman kampus dulu...tapi apakan daya tempat belajar lain2..dah xsama macam tempat yang kita belajar dulu.. kursus ni banyak ke arah membina jati diri insan yang bakal bergelar guru.. i/Allah ana bakal bergelar guru.. doakan ana..walau apapun..memang best..kami belajar berenang dan macam-macam lagi aktiviti..banyak memberi semangat kerjasama...

Monday 7 November 2011

....Salam Aidiladha...

Assalamualaikum..semua..apa khabar harap2 semua sihat Alhamdulillah.. dah lama ana x berentry...rindu 
pulak..pada kawan yang satu ni.. 

Terima kasih jugak kepada yang sudi singgah-singgah kt blog hamba...

Dikesempatan ini ana nak ucapkan Salam Aidil Adha.. sama-sama kita menyelusuri sirah junjungan besar Nabi Allah Ibrahim a.s.

semoga hari-hari yang dilalui dapat kita manfaatkan dengan sepenuhnya..

Tahniah kepada mana-mana sahabat yang terpilih menjadi tetamu Allah.Semoga mendapat haji yang mabrur..

Ya Allah sampaikanlah kami di Bumi mu yang diberkati...

Monday 24 October 2011

Jomm....balik kampung..

Assalamualaikum...dah lama jari jemari ni tak menulis..rindu pulak..I/Allah ana akan terus menulis selagi mna masih dikurniakan nikmat sihat...Alhamdulillah..

Wednesday 19 October 2011

10 surah dapat menghalang daripada ujian besar Allah............





1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.


3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.


4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.


5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.


6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.


7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.


8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.


9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.


10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Tuesday 18 October 2011

Berterima kasihlah pada yang memberi..

:: Berterima kasihlah pada orang yang telah MELUKAI hatimu
kerana dia telah membuat hatimu KUAT...

Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBOHONGImu
kerana dia membuat hidupmu makin BIJAKSANA...
...
Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBENCImu
kerana dia yg mengasah KETEGARANMU...

Dan berterima kasihlah pada orang yang telah MENYAYANGImu
kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu....♥♥♥ ::
 
 

Friday 14 October 2011

Subhanallah..indahnya ciptaanMu...

(HIKMAH KEMBARA )
Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa
Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Maha suci engkau Ya Allah, sesungguhnya engkau menciptakan sesuatu itu tiada sia-sia...setiap yang kau ciptakan apa yang ada di langit & bumi mempunyai manfaat tersendiri..semoga kami mendapat ibrah disebalik anugerah yang telah engkau ciptakan..ameen...

Jom kita kita tengok gambar kat bawah ni..Subhanallah..indahnya ciptaanMU Tuhan..


 
Lautan biru yang mengasyikkan...
keindahan pantai di waktu senja...

angin-angin sepoi.. yang mendamaikan jiwa...

"Setiap ujian yang Allah kurniakan pasti ada hikmahnya, semakin Allah sayang kepada hambanya, semakin kuat ujiannya buat kita.."

Siapa sangka disebalik ketenangan dan keindahan... kekadang Allah mengurniakan kita dengan Ujian yang maha hebat.. seperti TSUNAMI.. ini buktinya Kasih Sayang Allah kepada kita..Dia mahu kita sentiasa bertafakur dan terus bermujahadah kepadaNYA, dan menginsafi dosa-dosa yang telah lalu..mampukah kita menggapai Cinta dan Kasih Sayang Allah.. Sesungguhnya Allah itu maha penyabar...sama-sama kita bermuhasabah...;-)

Thursday 13 October 2011

"Puteri Reformasi"


 Assalamualaikum..semua..
Haa..Tengok-tengok je gambar kat atas,kenal tak siapa??? mana mungkin kita tak kenal insan hebat yang cukup terkenal di  arena antarabangsa, tambahan pula dalam kepimpinan negara suatu ketika dulu,dia sangat disanjungi,dan disenangi masyarakat mahupun kawan dan lawan..HEBAT!!! bukan.. siapa lagi..tak lain tak bukan Datuk Seri Anwar  Ibrahim..

Ana bukan nak menceritakan tentang Anwar Ibrahim, tapi ana nak kongsi dengan semua, ana cukup suka dan kagum kepada anak perempuan dia seorang ni.. Nurul Izzah Anwar, bagi ana dia seorang yang segak dan cantik, cantiknya bukan tiruan tetapi asli..cukup bersemangat dalam kepimpinan.

Dulunya cukup dikenali dengan jolokan Puteri Reformasi..hasil didikan ayahanda bondanya..sekarang beliau sangat dikenali, sejak menjawat jawatan sebagai Wakil Rakyat bagi kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur.




Tuesday 11 October 2011

Memilih ayah untuk Si Putera & Si Puteri Hati

...sekadar gambar hiasan...



Assalamulaikum semua..kat sini ana nak kongsi satu entry dengan antum, emm..ana dah kehabisan idea tak tahu nak tulis apa~_~ ..sekadar perkongsian bersama..ana suka entry ni..sangat sesuai dan menarik,tambah-tambah yang bergelar muda mudi... maaf dipinta, sekiranya ada sesiapa yang pernah baca kisah ni abaikan jew.. tak nak panjangkan keadaan...Jom!!! kita baca sesama..apakah rahsia disebalik kisah ni.. :-)

Suatu petang nan indah.. ketika hujan merintih2 perlahan dr luar jendela, dan kedinginan pun terasa hingga ke tulang sumsum peritnya.. sy terbaca satu artikel yg di post oleh seorang teman di fb.. tajuknya..memilih ibu utk si anak.. lebih kurg mcm tu la..

Sy tersenyum sndiri.. tingginya hasrat manusia itu.. dan hasrat itu telah pun kembali kepada fitrah bagaimana Allah menciptakan kita sbgai mnusia.. manusia itu.. ruhnya adlh suci bersih.. pasti di dalam kehidupan mereka.. atau dalam soal jodoh mereka.. inginkan yg terbaik buat diri dan anak2 mereka.. itu wajar, lumrah dan fitrah bagi setiap manusia...

Ini Hawa berkata... mgkin hanya secebis bingkisan dari hati2 kami yg merindukan kedamaian, perlindungan, kasih sayang, bimbingan dan sebuah kehidupan yg diredhai Allah..

Kami juga sepertimu Adam, kami tidak hanya sekadar mimilih seorang suami, tetapi kami juga memilih seorang ayah untuk anak2 kami..

Seorang suami yang mampu membimbing isterinya dan seorang ayah yg bertanggungjwb ke atas didikan agama buat anak2 kami…

Seorang suami dan seorang ayah yang mampu menegur kami, memperbetulkan kekurangan ibadah kami kepada Allah, merancang kehidupan keluarga kami dan melaksanakan hak2 ke atas kami dan keluarganya (mertua kami) dan kedua org tua kami yg masih hidup…

Seorg suami yg mampu melindungi isterinya dan seorg ayah yg layak utk menjadi wali kepada anak perempuan kami agar terjaga nasab keturunan kami…

Kerana jodoh itu merupakan rahsia Allah yg tidak pernah kita ketahui.. doa demi doa kami panjatkan, moga Allah pertemukan kami dengan hamba-Nya yg selayaknya buat kami.. buat anak2 kami, buat cucu2 kami, buat keturunan kami yang sangat ingin kami pelihara itu…

Bukanlah setinggi langit kami meminta agar termakbul segala keinginan.. selagi diri kami masih tidak terjaga dan terpelihara sntiasa di atas landasan keimanan dan agama-Nya… namun kami meminta keadilan buat diri kami iaitu.. keadilan di mana telah Allah janjikan di dalam firman-Nya,
“(lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.” [An-nur, 24:26]

..pernikahan merupakan kehidupan sepanjang hayat..dia adalah suami dan isteri hingga hembusan nafas2 yg terakhir.. bukan hanya utk sehari dua, bkn utk seminggu atau setahun dua… tetapi utk selama2nya selagi hayat masih ada hinggalah bertemu kembali di syurga.. insyaAllah..

Pembentukan anak2 yg soleh adalah dari contoh kedua ibu dan ayah yg ideal.. iaitu yg soleh dan solehah.. maka tersangat penting buat kami ataupun anda kaum Adam dalam memilih seorg isteri dan seorg ibu yg baik lg solehah utk bakal anak2 anda…

Sy pernah membaca sebuah kisah.. yg tertulis di dalam buku yg bertajuk “Rumah Cinta Hassan Al-Banna”..

Kisah kehidupan asy-syahid imam Hassan Al-Banna dlm mmbentuk keluarganya.. bagaimana seorg suami dan ayah juga seorang “murabbi” yg sangat sibuk dalam urusan dakwah dan tarbiyah ummat di Mesir suatu ketika dulu, beliau mampu memberikan semaksimal mungkin waktunya utk anak2 dan isteri.. sehingga anak2 juga tidak terlepas dari didikan agama hinggalah mereka menjadi seorg anak2 yg cemerlang dlm kehidupan.. begitu juga bagaimana beliau mendidik isterinya.. sehingga isterinya redha akan syahidnya beliau di medan perjuangan demi memperjuangkan ad-din ini…

Namun masih adakah lelaki2 seperti itu di abad ini??.. pertanyaan itu mungkin sering menjadi tanda Tanya yg besar di dalam hati segelintir dari kami..

Mungkin ada di antara kami yang hanya memilih calon suami atas dasar sekadar utk memenuhi kecukupan kehidupan.. ada di antara kami yang memilih calon suami atas dasar kesempurnaan paras rupa, ada juga di antara kami yg memilih calon suami atas dasar biasa2 saja.. namun, ada juga di antara kami yang memilih calon suami atas dasar kesefahaman akidah islam dalam memperjuangankan kefahaman dakwah dan tarbiyah kami dan juga utk memberikan didikan yg sewajarnya utk anak2 kami….

Dan begitulah macam2 keinginan kami dalam memilih “Imam” bg sebuah pelayaran panjang kehidupan kami….

Dirimu dan diriku adalah “murabbi” kepada anak2.. kitalah yg mencetak mereka.. bersama2.. bukanlah hanya seorang suami atau ayah saja yg berperanan dalam membentuk keluarga sakinah.. tetapi seorang isteri dan ibu-lah yang juga akan membantu dalam pembentukan keluarga sakinah itu…

Inilah hak2 kami.. juga hak2 anda utk memilih pasangan hidup juga ayah atau ibu kepada anak2 yang bakal kita corak dengan acuan keimanan dan akhlak yg terpuji…

“Jika aku memilihmu kerena hartamu, maka harta itu akan habis seiring berjalannya waktu, jika aku memilihmu kerana paras rupa dan kekuatanmu, ia akan memudar seiring usia tua yang menjengah hidupmu perlahan-lahan, jika aku memilihmu kerana keturunan yang dibangga-bangga, maka hinalah aku, dan jika aku memilihmu kerana iman dan agamamu, maka akulah hamba yang tidak akan pernah berhenti menguntai zikir-zikir syukur pada yg Maha Esa..”

Wuallahualam…~
See more

Friday 7 October 2011

Sakit itu adalah Anugerah Allah...













Setiap penyakit itu ada ubat dan penawarnya..kecuali MATI

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” 

Kenapa Allah selalu beri kita sakit, kekadang kita tak pernah fikir...Kita makan hak milik Allah, Kita pinjam nikmat Allah..tetapi kita selalu lalai dan leka untuk bersyukur padaNYA..tapi Allah masih kasih dan sayangkan kita lagi..dia beri kita umur yang panjang,kehidupan yang diberkati..

Berbalik kepada apa tujuan Allah beri kita sakit..

1- melatih diri kita jadi seorang yang sabar

2- Sentiasa menginsafi dosa-dosa yang telah lalu

3- Mendekatkan diri kita kepada Allah

4-Sebahagian dosa-dosa kecil kita akan diampunkan oleh Allah

5- Mendidik dan menyucikan jiwa

6- Allah dekat dengan orang yang sakit

7- Bagi sebagai seorang muslim sakit merupakan rahmat.

Tuesday 4 October 2011

Rindu...padamu ya Rasulullah...

Ya Rasulullah Ya Habiballah..tak pernah ku tatap wajahmu..kami rindu padaMu..
menitis air mata..bila dengar lagu..layakkah kita untuk dapat syafaat daripadanya..sedangkan dalam sehari..belum tentu kita berselawat kepadanya....

Pernah suatu ketika , sedang Rasulullah berkumpul di dalam 1 majlis bersama para sahabat,tiba..tiba bergenang air mata Baginda S.A.W... para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tak mereka senangi di wajah Rasulullah, bila ditanyakan oleh  Saidina Abu Bakar,baginda menyatakan bahawa beliau terlalu merindui umatnya yang disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati hinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanyakan Rasulullah.."Bukankah kami ini Ikhwanmu?" Rasulullah menjawab"tidak" kamu semua adalah sahabatku, Ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku..aku sangat rindu untuk bertemu mereka.. "KITAKAH IKHWAN ITU"
 sama-sama bermuhasabah...


Monday 3 October 2011

GULA!!! manis berkhasiat atau membawa mudarat???

Apakah Gula?
Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh..secara semulajadi,gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi,mi,roti,pasta dan ubi-ubian.. selain terdapat dalam bentuk semulajadi,gula juga ditambah ke dalam makanan sewaktu penyediaan &pemprosesan.

Apakah corak pengambilan Gula?
Menurut kajian pengambilan Makanan di kalangan Orang Dewasa Malaysia 2000/2003:
  • orang dewasa saja = 7 sudu teh sehari(51g)iaitu bersamaan 
                                = 4 sudu teh (21g) gula pasir
                                = 3 sudu teh (30g) susu pekat manis

          Jumlah gula yang ditambah dalam minuman sahaja telah melibihi had.
  • saranan daripada pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan panduan Diet Malaysia mencadangkan pengambilan gula dalam sehari tidak melebihi (50g)
 Kesan pengambialn Gula?

Pengambilan gula yang berlebihan mengakibatkan pengambilan tenaga akan berlebihan. pengambilan tenaga harian yang berlebiahn dalm jangka masa yang panjang..mengakibatkan berat badan dan obesiti. sekiranya kandungan gula berlebihan akan mengakibatkan risiko penyakit kronik sperti diabetes,darah tinggi, dan sakit jantung.

saranan yang pertama ialah makan makanan yang rendah kandungan gulanya..
cara-caranya ialah:-
  1. Pilih @sediakan kuih atau kek yang rendah kandungan gulanya
  2. Gantikan manisan yang manis dengan makanan yang sihat seperti buah-buahan
  3. kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula
  4. Elakkan mengambil makanan yang bergula sebelum tidur
  5. semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan.sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan,ini menunjukkan bahawa gula merupakan kompenan utama makanan tersebut.
 saranan yang kedua ialah tatacara pemilihan minuman bagi mengelak kandungan gula dalam badan berlebihan.
  1. Minum air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat dan cordial
  2. Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
  3. Minta kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman,
  4. Periksa kandunagn gula dalam label minuman
  5. kurangkan kekerapan mengambil minuman yang bergula seperti air berkarbonat,cordial,cendol dan air batu campur (ABC)
  6. Elak mengambil minuman  yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

assingment..oh... assingment

Tup..Tup..pejam celik,pejam celik..tinggai lagi sebulan dah ana dah kena submit assingment.sekarang da bulan 10, bulan 11,masuk maktab..bermulalah..rutin sebagai seorang student...memang melelahkan jiwa..(xbaik merungut)..hehe..apa2 pun..ana kena mula sekarang dah.. xboleh relaks mcm dulu2.. tanggungjawab sebagai student..tetap kena tunaikan..

nak minta sahabat-sahabat tolong bagi nasihat jap..kt hamba..awat tau..xda semangat nak buat..keluar(loghat utara) bila pegang ja... sampai jadi cam ni la...emmmm..


syukran..pada sesiapa yang sudi bagi nasihat..I/Allah..ana jadikan sabgai satu pembakar semangat...

ketawa yang berlebihan

Assalamualaikum..semua..ana doakan semoga kita semua tabah melalui hari-hari yang mendatang...


  • ketawa Rasulullah tidak melawati batas senyum yang menarik..senyum Rasulullah S.A.W, itu sendiri berperingkat-peringkat,peringkat yang paling tinggi adalah baginda tersenyum hingga kelihatan gigi gerahamnya.
  • Menurut Imam  Hassan Al-Banna,ketawa yang  hukumnya adalah "HARUS"  ialah ketawa yang sedikit & beradab (ketawa adalah fitrah yang tidak boleh dihalang) manakal ketawa yang "HARAM" ialah ketawa yang berlebih-lebihan kerana ia merupakan perbuatan sia-sia& melalalaikan hati
  • Rasulullah S.A.W bersabda:-" Bnayak ketawa mematikan hati & menghilangkan kehebatan seorang mukmin"
  • Rasulullah S.A.W telah melihat satu kaum yang ketawa berlebih-lebihan,lantas baginda bersabda: "kalaulah kamu tahu apa yang aku ketahui nescaya kamu akan banyak menangis & sedikit ketawa"
wallahua'alam...


Tuesday 27 September 2011

"Temanku..di Alam yang Jauhhh....."

Alhamdulillah..syukur atas kurniaMU Tuhan masih memberikan hamba nikmat iman dan islam..untuk hamba terus bermusafir di muka bumiMU..sedangkan..hamba seringkali terleka dan terlalai dalam bersyukur kepadaMU..Ampunilah dosa2 hamba.
Salam sejahtera semua..apa khabar hari ini..???

Ana nak kongsi..dengan semua..sampai satu masa..kita xtahu bila? mungkin saat-saat tengah baca entry ni,sejam,dua jam, esok,lusa,tulat, tungging. DIA.berpisah dengan Tuan/Puan yang sangat dicintai dan disayangi..tanpa kita pinta..menangislah air mata darah sekali pun, DIA tidak akan kembali..Bahkan  tanpa kita sedari DIA sangat hampir dengan kita.. siapakah DIA itu..iaitu Nyawa pinjaman Allah kepada kita..

Jom kita renung n baca dialog kat bawah ni 

pernah Imam Al-Ghazali bertanya kepada anak-anak muridnya: 
Apakah benda yang paling hampir dengan kita???
ramai yg jawab: Kawan.guru,rumah,ibubapa,buku,kucing..macam2 la jawapan yang diorang bagi.(tapi imam Al-Ghazali hanya tersenyum)

lalu imam Al-Ghazali menjawab: benda yang hampir adalah MAUT..
pernah tak kita terfikir tentang MATI dalam sehari...confirm tak pernahkan..mana nak sempat pikiq... sibuk sana sini.. Firman Allah.: Setiap yang Hidup pasti akan Mati..NOKTAH...

Namun persoalannya..apakah yang kita akan bawa bagi mengiringi kita ke alam kubur:-


Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga perkara akan menurut orang mati ke kuburnya, kemudian dua daripadanya akan balik dan tinggal satu bersama-samanya - ia akan diturut oleh keluarganya, hartanya dan amalnya, kemudian keluarganya dan hartanya akan balik, dan tinggallah amalnya bersama-sama dengannya." 

secara ringkasnya, 3 perkara yang menuntut dan memimpin kita agar selamat dari azab kubur:
1)Doa dari anak-anak yang soleh dan solehah
2)sedekah Jariah
3)Ilmu yang bermanfaat
selamat beramal..pesanan buat diri sendiri dan semua yang sudi luang masa yang x berharga. tuk baca entry nie...terima kasih banyak2..

Akhirul kalam..semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa diredhai Allah..dan mati dalam Husnul Khatimah..Aminnn..ya Rabb..

Saturday 24 September 2011

sayang..sayang selalu...terima kasih Ya Allah.....

Buat insan yang sangat disayangi...SELAMAT HARI LAHIR ABAH..semoga panjang umuq dan dirahmati..hampir-hampir ana terlupa..hari nie 24/9 adalah hari lahir abah yang ke 51 sayang abah...tanpa abah tak akan lahir ana ke dunia.. Abah.. tak terbalas budi & jasamu dalam membesarkan kami anak-anak mu seramai 6 orang.. macam2 fael..belaka..sampai nek pening dah abah..bila kumpul ramai-ramai saat tu la paling seronok sekali..walaupun abah tak banyak cakap dan pendiam sikit..tapi personaliti abah sangat ana kagum..i/Allah ana berazam nak jadi anak yang solehah dan.jadi insan yang berguna untuk keluarga,masyarakat dan agama.. Terima kasih Ya Allah kerana kau anugerahkan insan ini kepadaku Rahmatilah mereka Ya Allah..:-)


sayang selalu.... ayahanda bonda

Ya Allah kau redhailah kedua-dua ibu bapaku... amin ya RABB..

khas buat semua pembaca yang sudi luang masa bagi anda tak best arr lepak2 sini.. apa2 pun terima kasih very much..sudi singgah...sayang selalu:-)

Friday 23 September 2011

hebat!!! ciptaan Mu Tuhan...








walaupun tak pernah selam ke dasar laut.. cukup sekadar tengok kat pusat akuarium pun jadilah.. gambar-gambar ikan kat atas ni amik sewaktu jalan-jalan ke shah Alam..jiwa rasa tenang ja bila tengok.. MAHA SUCI ALLAH..yang menjadikan ciptaannnya pelbagai jenis.. :-)

Thursday 22 September 2011

"malu sebahagian daripada iman"


"Malu itu ada 60 lebih bahagiannya dan sifat malu itu sebahagian daripada iman..

" (Riawayat Bukhari)

saya teringat suatu ketika dalam kuliah..di maktab..pensyarah pernah tanya soalan pada saya:- "awak seorang pemalu x?? sambil dalam hati berkata kenapa la pensyarah tanya soalan macam ni teteiba ja..huhu... malu gak nk jawab.. lalu ana jawab la..ana seorang pemalu jugak..tapi tengok pada tempat dia.. kalau dalam bab mengaji  x boleh malu.. x faham pa tanya ja..orang tua2 selalu cakap..sapa yang malu bertanya sesat jalan..
selalulah bertanya...
 

Monday 19 September 2011

10 langkah Menuju CINTA ALLAH

saya sayang Allah..saya sayang Nabi... Allah...ingat x lagu ni..selalu berkemundang dalam ikim.fm..

kali nie ana nk kongsi..macam mana nak rebut cinta Allah..ana tahu..kita bukanlah insan yang sempurna,sama jugak macam ana.. cinta kita  xla sehebat Cinta Rabiah Al-Adawiyah,Zinnirah, para-para2 syuhadak..para2 nabi..xsalah sekiranya kita sama2..amik iktibar..mana yang baik amik jadikan tauladan..

                    Imam Ibnu Qayyim menjelaskan langkah-langkah menuju cinta Allah iaitu:-
  • Membaca Al-Quran dengan merenung makna dan memahami kandungan maknanya
  • Taqarrub pada Allah SWT, melalui ibadah-ibadah subat
  • sentiasa ingat pada Allah dalam setiap tingkah laku,lisan,hati,amal dan perilaku
  • Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri
  • sentiasa musyahadah(menyaksikan kebesaran Allah) dan mengenal Allah
  • menghayati kebaikan,nikmat dari Allah
  • menyendiri kepada Allah ketika kesunyian malam
  • bergaul dengan orang2 yang mencintai Allah
  • menjauhi sebab-sebab yang menghalang komunikasi hati dengan sang pencipta
  • ketundukan hati secara total dihadapan Allah..

sambungan...post yg ke-15



sahabat-sahabat sekalian..jom kita fikir sejenak..kekadang kita cakap kita x punya..masa..nak buat assingment x sempat, nak makan x sempat.nak tido xsempat..nak ziarah kawan2 xsempat..apatah lagi waktu kita tuk beratkan timbangan amal kebaikan.contoh baca al-Quran,al-Mathurat..solat Dhuha,solat Malam..alangkah ruginya kita..kalau kita x manfaat kan masa dengan baik..sedangkan Allah kurniakan kita waktu yang sama 24 Jam..

Apa yang penting kat sini..kita berubah dan  perbaiki diri kita ..moga hari ini lebih baik dari semalam..

1- kita buat terbaik untuk kali pertama

2- Dua dalam satu.. contoh: ada kerja sekolah n ulangkaji pelajaran

3- Susun jadual waktu kita dengan fleksibel

4- Manfaatkan masa yang pendek-pendek

5- Siapkan kerja yang diberikan seawal yang mungkin..



p/s: Selamat Beramal...

Thursday 15 September 2011

bukan x cukup cuma kurang bijak mengatur..........

Assalamualaikum...
Salam sejahtera semua.. moga2 kalian sentiasa dalam rahmatNya..
waahhh..perasan tak sekarang..bnyak sangat masa kita cepat ja berlalu...
dulu rasa dok comot momot lagi..sekarang dah besar panjang..
dulu rasa budak2 sekolah lagi..sekarang dah jadi mak budak, bapa budak, p.cik,m.lang, m.ngah..nmacam2 gelaran la yg kita dapat..

rasa macam baru semalam ja..berlalu...
suka ana nak kongsi...satu entry dgn antum n antunna semua..

meh kita nasyid sama2.. lagu Raihan:-

DEMI MASA

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Ah...

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...
nak dengar lagu klik sini
ana nak stop sat..nanti ana smbung lagi tuk perjelasan selanjutnya..syukran jumpa lagi..selamat malam..
jangan ke mana2...:-) 


Monday 12 September 2011

SENYUMLAH...

Asslamualaikum... Jumpa lagi semua...semoga hari-hari yang kita lalui lebih baik dari semalam.. tadi ana tengah dengar Ikim.f.m..ceramah yang disampaikn oleh seorang penceramah..Persoalannya..
Adakah kita seorang yang  PEMURAH..???
Pemurah ada banyak cara..yang mana ana dapat senaraikan disini ialah:-
  • pemurah dalam Memberi
  • pemurah dalam Senyuman
  • pemurah dalam Membantu
  • pemurah dalam Beribadat
suka ana nak kongsi di sini..dimana pemurahnya..Allah Al-Kareem... walaupun hambanya tak selalu bersyukur dengan kurnianNya..tapi Allah masih memberi kita nikmat kehidupan,nyawa,rezeki..MasyaAllah.. terlalu banyak sangat nikmat yang Allah curahkan buatt kita hambaNya..apa yang penting ia bersangkut paut dengan konsep IKHLAS dalam beramal..setiap p'kerjaan yang kita buat mesti berdasarkan dengan niat.

Disini ana nak pilih (pemurahkah kita dalam memberi senyuman).. cuba bayangkan bila kita bertembung dengan sesapa..kita senyum tapi dia  tak balas..mesti kita rasa lainkan..mesti kita fikir bukan2..sedangkan senyuman itu pun sedekah.. dan dapat pahala yang x disangka2.. sekiranya kita tak mampu nak memberi sumbangan wang ringgit atau sebagainya..cukup hanya dengan bersedekah melalui senyuman..



 SENYUMLAH---SENYUMLAH...SENYUMLAH...

teringat lagu Raihan...
p/s: Jemput2 untuk komen..:-)

HATI OH HATI....

Assalamualaikum semua... kali ana nak kongsi entry dengan anda semua b'kaitan dgn HATI...
pernah tak dalam sehari kita lalui hidup kita, hati kita rasa gembira,bahagia, geram,marah,sedih, apa lagi lah..emm.banyak sangat..
haa..tengok kt pic kt bawah ni.. mugkin hati kita dah sampai jadi macam ni...Retak menanti Belah..

Anda nak tahu tak sebab apa kadang hati kita tak BAHAGIA.. kat sini ana akan senaraikan 9 sebab hati tak bahagia:-antaranya selalu jadii...
1-pemarah
2-pedendam
3-hasad dengki
4-Tamak
5-Bakhil
6-tidak sabar
7-Ego
8-Riak
9-Cintakan dunia lebih daripada segalanya

apa-apa pun sharing is charing..kita semua manusia yang kurang sempurna..banyak lagi perlu diperbaiki..begitulah lumrah hidup..kekadang ada benda kita suka ada benda yang kita tak suka..

Jom kita tengok pulak macm mna nak topup smula HATI kita..

TAZKIRAH

SOLAT LIMA WAKTU
BERDOA

 MEMBACA AL-QURAN

               Semoga kita dikurniakan hati yang sangat bersih macam gambar kt bawah ni.. Allhuyubarikfik

Wednesday 7 September 2011

SALAM LEBARAN


KULLUAM WA'ANTUM BIKHAEIR..BUAT SEMUA...
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
Semoga kita dipertemu lagi dengan Ramadhan akan datang..:-)

Monday 22 August 2011

PEJUANGKU

hembusan angin mendamai jiwa
ketawa riang penghias bahagia
kedamaian wujud terpancar cahaya
baktumu memberi sinar bermakna

kau mulakan dengan keazaman
kau tempuhi dengan kecekalan
kesetiaanmu berjuang tiada pengakhiran
kemerdekaan menjadi matlamat hidup

perjalananmu beralas permaidani berduri
tidurmu diulit mimpi derita
dukamu bertahta derita sengsara
keringatmu mengalir sepanjang jalan

pejuangku,
jasamu tetap diberi penghargaan
walaupun dirimu tiada disisi
menjadi panduan generasi merdeka
perjuanganmu tersemat disanubari selamanya..


by: petikan dari tunas cipta 2011



Friday 12 August 2011

INDAHNYA KASIH TUHAN

YA ALLAH.
JALAN YANG KU LALUI PENUH BERLIKU
MAMPUKAH UNTUK KUREDAHI
DALAM MENCAPAI REDHAMU

YA ALLAH
KASIH SAYANGMU CUKUP TINGGI PADA HAMBAMU
NIKMAT YANG KAU KURNIAKAN UNTUK KAMI CUKUP BANYAK
TIDAK TERHITUNG OLEH KAMI HAMBAMU
TETAPI SEBANYAK MANAKAH HAMBAMU YANG SENTIASA BERSYUKUR

YA ALLAH 
SETIAP KESUSAHAN YANG KAU KURNIAKAN
MENDIDIK KAMI ERTI BERSABAR
ALANGKAH, ALANGKAH UNTUNGNYA
ORANG YANG SENTIASA BERSABAR
SEPERTI MANA SABARNYA AYUB A.S
DIHUJUNGNYA PASTI MENDAPAT KESENANGAN

OLEH ITU BERAMALLAH DENGAN APA YANG TELAH DIPERINTAHKAN
SEMOGA KITA BEROLEH MARDHATILLAH....


Tuesday 9 August 2011

KEISTIMEWAAN DHUHA

         Firman Allah s.w.t :

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.(Surah al-Dhuha : 1-5 )

Assalamualaikum semua...

kali ini entri ana nak bncang bab solat Dhuha..banyak sangat kelebihan solat Dhuha,  antaranya apa..meh kita tengok dekat Hadis2 Nabi S.A.W:-
1- Adapun kelebihan solat Dhuha itu sepertimana di dalam Kitab" An-Nurain" sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan" 
2- Dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:"Barangsiapa yang menjagasemabahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan"
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
3- Dan daripada Anas bin Malik R.A berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: " Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang dhuha 12 rakaat, dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"
(Riwayat Ibnu Majah & Tarmizi)
waktu bila kita nak buat solat dhuha tu??
Waktu kita nak solat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. (sekitar jam 8.00pagi - 12.00 tghari)

Bagaimana nak solat Dhuha??
Apa yang penting kita kena pastikan masuknya waktu Dhuha,dan pastikan kita dalam keadaan berwuduk..boleh dilakukan dua rakaat dan ditutup dengan salam atau boleh juga dilakukan dengan empat rakaat satu kali salam.

Rakaat pertama
1. Niat dalam hati " Sahaja Saya solat Dhuha dua/empat rakaat kerana Allah "

2. Takbir

3. Baca Doa Iftitah

4. BacaTa'awwudz

5. Baca Surah al-Fatihah

6. Baca apa-apa sahaja surah dipilih

7. Takbir dan rukuk

8. Iktidal dan bacaannya

9.Sujud dan bacaannya

10. Duduk dan Bacaannya

11. Sujud dan bacaannya

12. bangun rakaat kedua dengan takbir.

Rakaat kedua

1. Baca surah al-Fatihah

2. Baca apa-apa ahaja surah yang dipilih

3. Takbir dan rukuk

4. Iktidal dan bacaannya

5. Sujud dan bacaannya

6. Duduk dan bacaannya

7. Sujud dan bacaannya

8. Duduk tahiyat akhir dan bacaannya

9. Salam Penutup
Akhir sekali mari kita sama2 baca doa ini:-
"YaAllah sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-MU,
kecantikan itu ialah kecantikan-MU,
keindahan itu ialah keindahan-MU,
kekuatan itu ialah kekuatan-MU,
kekuasaan itu ialah kekuasaan-MU,
dan perlindungan itu ialah perlindungan-MU,
Ya Allah jika rezekiku masih dilangit turunkanlah,
jika ada di bumi keluarkanlah,
jika sukar permudahkanlah,
jika haram sucikanlah,
jika jauh dekatkanlah,
Berkat waktu Dhuha-MU,keagungan-MU,keindahan-MU,
kekuatan-MU, dan kekuasaan-MU, limpahkanlah kepadaku apa yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-MU yang soleh" 


Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda :
Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.


p/s:-selamat beramal..




 

Sunday 31 July 2011

أهلا وسهلا يا رمضان

Ya Allah berkatikanlah kami di bulan Mu yang penuh Barakah, bulan yang mana diturunnya MukjizatMu yang teragung iaitu Al-Quran Kareem..Bulan yang kau menjanjikan 1000 rahmat..Bulan yang kau kurniakan Rahmat dan maghfirah dari MU. YaAllah terimalah kami Ummat Muhammad kekasihmu yang teragung.. Ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosa kami..jadikanlah kami insan yang benar-benar bersyukur atas kurniaanmu..Salam Ramadhan Al-Mubarak..buat semua pengunjung Blog ana,khususnya buat Mak,abah,abang, adik-adik di kampung..Teman2 seperjuangan ana, semoga kita semua beroleh ketaqwaan n keberkatan dariNYA.. Aminn.. Allhuakram..kulluam waantum bikhair..
Sekian, sahaja coretan ana.."SELAMAT BERPUASA"

Sunday 24 July 2011

MURABBIKAH DIRIKU

Alhamdulillah.sedar tak sedar sudah 6 bulan ana bergelar pendidik..di salah sebuah sekolah di Bandar Besar Kuala Lumpur, yang bilangan pelajarnya sangat ramai..mencecah hampir 2000 student.. Masya Allah..berat sungguh tanggungjawab ini..walaupun hanya bergelar guru pelatih, Banyak pengalaman ana dapat kutip daripada orang2 lama..Terima Kasih pada semua yang banyak memberi tunjuk ajar dalam dunia pendidikan..kepada ana yang masih baru lagi. Namun Persoalan yang selalu bermain dalam benak ana,macam mana,mampukah ana nak mendidik jiwa anak-anak ini...??anak-anak kota metropolitan yang ketandusan ilmu agama,bahkan semakin hari semakin mencabar bagiku untuk mertarbiyah mereka,ana teringat pada Hadis Nabi pernah menyebut: "Sampaikanlah Olehmu walaupun satu ayat"..walaupun hanya satu ayat kita sampaikan, Masya Allah hebat.. pahala dia cukup berganda...apa yang penting ikhlaskan niat mendidik anak-anak ini kerana Allah...

               Bersama dengan anak-anak murid


PESANAN BUAT SEMUA INSAN YANG BERGELAR GURU

 Guru yang Beriman ibarat mentari yang berkilau,
 Guru yang Sejati pewangi yang mengharumkan
Guru yang Setia menjadi pendorong setiap impian
Guru berhati Mulia membawa 1000 Kebahagiaan.

"Jadilah seorang guru yang hadirnya di tunggu,
Hilangnya dirindui,
Ilmunya Diburu,
Nasihatnya diseru,
Tingkah lakunya ditiru.." 

Guru merupakan murabbi, 
mursyid,pembimbing, arkitek, Imam,
Idola dan Role model kepada anak-anak didik.

Terima Kasih kepada semua para guru SKDF,SMAMA,SMUK,para pensyarah di INSANIAH, Kedah. Pensyarah IPG Teknik, Kuala Lumpur, yang tidak pernah jemu mendidik ana, agar menjadi Insan yang berguna.. Hanya Allah sahaja mampu membalas Jasa Kalian..semoga ia menjadi pemberat amal Jariah di Akhirat Kelak.I/Allah.Aminnn...

YA Allah kau Ampunkanlah segala dosa guru-guruku,berkatikanlah hidup mereka, dan tempatkanlah mereka dikalangan orang2 yang kau Redhai..


Friday 22 July 2011

SELAMAT HARI JUMAAT

Assalamualaikum...semua,,..sedar tak sedar kadang2 kita selalu terlupa dengan Hari jumaat, Hari jumaat bukan sebarangan hari..Hari yang mana umat Islam selalalu berkumpul tanpa mengira darjat,pangkat ataupun warna kulit..yang hanya membezakan kita adalah Iman &Takwa kita kepada Allah. cuba kita fikirkan...bila ja kita dengar hari jumaat mesti ada 'Aura' dia yang tersendiri, bukan apa..hormatnya kita dekat hari jumaat..cukup tinggi..MasyaAllah..Hebat bukan..:-)

seperti mana hadis Nabi S.A.W yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
 

KELEBIHAN HARI JUMAAT

1- Penghulu segala Hari

2- Nabi Adam a.s diciptakan

3-Allah turunkan Nabi Adam a.s ke bumi

4-Allah mematikan Nabi Adam a.s

5- Hari Kiamat akan berlaku

PARA MALAIKAT TURUN KE BUMI

Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.


Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
 

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”


Oleh, itu marilah sama2 kita mengharap keredhaan Rabbul Jalil agar kita diberi keberkatan Hidup didunia dan akhirat..wallhualam..

Tuesday 12 July 2011

Wanita...permata berharga

  


KHUSUS UNTUK KAUM HAWA....

"Andainya berlian & intan dibungkus rapi & disimpan pula dalam peti berkunci, 
maruah seorang wanita apatah lagi...."

"Manfaat apabila wanita memakai hijab iaitu mereka kekal sebagai 
wanita yang solehah & terhormat. dengan demikian,
     mereka tidak diganggu,didekati,apatah lagi dirayu..............."

"Seindah-indah  hiasan adalah wanita solehah"

" Tinggi rendahnya darjat bangsa itu bergantung 
pada ketinggian darjat (maruah) kaum wanitanya.."

"Wanita yang cemerlang dalam kedua-dua aspek,iaitu pakaian dan adab,tidak ubah  seperti botol mineral  yang SEMPURNA. Jangan lupa, hanya botol mineral sempurna yang DIPANDANG orang dan BERBALOI untuk DIBELI"

" Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa...............(Ali-Imran,3:133)


                                                 Comelll..nya..