Nuffnang

Monday 22 August 2011

PEJUANGKU

hembusan angin mendamai jiwa
ketawa riang penghias bahagia
kedamaian wujud terpancar cahaya
baktumu memberi sinar bermakna

kau mulakan dengan keazaman
kau tempuhi dengan kecekalan
kesetiaanmu berjuang tiada pengakhiran
kemerdekaan menjadi matlamat hidup

perjalananmu beralas permaidani berduri
tidurmu diulit mimpi derita
dukamu bertahta derita sengsara
keringatmu mengalir sepanjang jalan

pejuangku,
jasamu tetap diberi penghargaan
walaupun dirimu tiada disisi
menjadi panduan generasi merdeka
perjuanganmu tersemat disanubari selamanya..


by: petikan dari tunas cipta 2011



Friday 12 August 2011

INDAHNYA KASIH TUHAN

YA ALLAH.
JALAN YANG KU LALUI PENUH BERLIKU
MAMPUKAH UNTUK KUREDAHI
DALAM MENCAPAI REDHAMU

YA ALLAH
KASIH SAYANGMU CUKUP TINGGI PADA HAMBAMU
NIKMAT YANG KAU KURNIAKAN UNTUK KAMI CUKUP BANYAK
TIDAK TERHITUNG OLEH KAMI HAMBAMU
TETAPI SEBANYAK MANAKAH HAMBAMU YANG SENTIASA BERSYUKUR

YA ALLAH 
SETIAP KESUSAHAN YANG KAU KURNIAKAN
MENDIDIK KAMI ERTI BERSABAR
ALANGKAH, ALANGKAH UNTUNGNYA
ORANG YANG SENTIASA BERSABAR
SEPERTI MANA SABARNYA AYUB A.S
DIHUJUNGNYA PASTI MENDAPAT KESENANGAN

OLEH ITU BERAMALLAH DENGAN APA YANG TELAH DIPERINTAHKAN
SEMOGA KITA BEROLEH MARDHATILLAH....


Tuesday 9 August 2011

KEISTIMEWAAN DHUHA

         Firman Allah s.w.t :

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.(Surah al-Dhuha : 1-5 )

Assalamualaikum semua...

kali ini entri ana nak bncang bab solat Dhuha..banyak sangat kelebihan solat Dhuha,  antaranya apa..meh kita tengok dekat Hadis2 Nabi S.A.W:-
1- Adapun kelebihan solat Dhuha itu sepertimana di dalam Kitab" An-Nurain" sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan" 
2- Dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:"Barangsiapa yang menjagasemabahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan"
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
3- Dan daripada Anas bin Malik R.A berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: " Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang dhuha 12 rakaat, dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"
(Riwayat Ibnu Majah & Tarmizi)
waktu bila kita nak buat solat dhuha tu??
Waktu kita nak solat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. (sekitar jam 8.00pagi - 12.00 tghari)

Bagaimana nak solat Dhuha??
Apa yang penting kita kena pastikan masuknya waktu Dhuha,dan pastikan kita dalam keadaan berwuduk..boleh dilakukan dua rakaat dan ditutup dengan salam atau boleh juga dilakukan dengan empat rakaat satu kali salam.

Rakaat pertama
1. Niat dalam hati " Sahaja Saya solat Dhuha dua/empat rakaat kerana Allah "

2. Takbir

3. Baca Doa Iftitah

4. BacaTa'awwudz

5. Baca Surah al-Fatihah

6. Baca apa-apa sahaja surah dipilih

7. Takbir dan rukuk

8. Iktidal dan bacaannya

9.Sujud dan bacaannya

10. Duduk dan Bacaannya

11. Sujud dan bacaannya

12. bangun rakaat kedua dengan takbir.

Rakaat kedua

1. Baca surah al-Fatihah

2. Baca apa-apa ahaja surah yang dipilih

3. Takbir dan rukuk

4. Iktidal dan bacaannya

5. Sujud dan bacaannya

6. Duduk dan bacaannya

7. Sujud dan bacaannya

8. Duduk tahiyat akhir dan bacaannya

9. Salam Penutup
Akhir sekali mari kita sama2 baca doa ini:-
"YaAllah sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-MU,
kecantikan itu ialah kecantikan-MU,
keindahan itu ialah keindahan-MU,
kekuatan itu ialah kekuatan-MU,
kekuasaan itu ialah kekuasaan-MU,
dan perlindungan itu ialah perlindungan-MU,
Ya Allah jika rezekiku masih dilangit turunkanlah,
jika ada di bumi keluarkanlah,
jika sukar permudahkanlah,
jika haram sucikanlah,
jika jauh dekatkanlah,
Berkat waktu Dhuha-MU,keagungan-MU,keindahan-MU,
kekuatan-MU, dan kekuasaan-MU, limpahkanlah kepadaku apa yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-MU yang soleh" 


Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda :
Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.


p/s:-selamat beramal..