Nuffnang

Sunday 31 July 2011

أهلا وسهلا يا رمضان

Ya Allah berkatikanlah kami di bulan Mu yang penuh Barakah, bulan yang mana diturunnya MukjizatMu yang teragung iaitu Al-Quran Kareem..Bulan yang kau menjanjikan 1000 rahmat..Bulan yang kau kurniakan Rahmat dan maghfirah dari MU. YaAllah terimalah kami Ummat Muhammad kekasihmu yang teragung.. Ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosa kami..jadikanlah kami insan yang benar-benar bersyukur atas kurniaanmu..Salam Ramadhan Al-Mubarak..buat semua pengunjung Blog ana,khususnya buat Mak,abah,abang, adik-adik di kampung..Teman2 seperjuangan ana, semoga kita semua beroleh ketaqwaan n keberkatan dariNYA.. Aminn.. Allhuakram..kulluam waantum bikhair..
Sekian, sahaja coretan ana.."SELAMAT BERPUASA"

Sunday 24 July 2011

MURABBIKAH DIRIKU

Alhamdulillah.sedar tak sedar sudah 6 bulan ana bergelar pendidik..di salah sebuah sekolah di Bandar Besar Kuala Lumpur, yang bilangan pelajarnya sangat ramai..mencecah hampir 2000 student.. Masya Allah..berat sungguh tanggungjawab ini..walaupun hanya bergelar guru pelatih, Banyak pengalaman ana dapat kutip daripada orang2 lama..Terima Kasih pada semua yang banyak memberi tunjuk ajar dalam dunia pendidikan..kepada ana yang masih baru lagi. Namun Persoalan yang selalu bermain dalam benak ana,macam mana,mampukah ana nak mendidik jiwa anak-anak ini...??anak-anak kota metropolitan yang ketandusan ilmu agama,bahkan semakin hari semakin mencabar bagiku untuk mertarbiyah mereka,ana teringat pada Hadis Nabi pernah menyebut: "Sampaikanlah Olehmu walaupun satu ayat"..walaupun hanya satu ayat kita sampaikan, Masya Allah hebat.. pahala dia cukup berganda...apa yang penting ikhlaskan niat mendidik anak-anak ini kerana Allah...

               Bersama dengan anak-anak murid


PESANAN BUAT SEMUA INSAN YANG BERGELAR GURU

 Guru yang Beriman ibarat mentari yang berkilau,
 Guru yang Sejati pewangi yang mengharumkan
Guru yang Setia menjadi pendorong setiap impian
Guru berhati Mulia membawa 1000 Kebahagiaan.

"Jadilah seorang guru yang hadirnya di tunggu,
Hilangnya dirindui,
Ilmunya Diburu,
Nasihatnya diseru,
Tingkah lakunya ditiru.." 

Guru merupakan murabbi, 
mursyid,pembimbing, arkitek, Imam,
Idola dan Role model kepada anak-anak didik.

Terima Kasih kepada semua para guru SKDF,SMAMA,SMUK,para pensyarah di INSANIAH, Kedah. Pensyarah IPG Teknik, Kuala Lumpur, yang tidak pernah jemu mendidik ana, agar menjadi Insan yang berguna.. Hanya Allah sahaja mampu membalas Jasa Kalian..semoga ia menjadi pemberat amal Jariah di Akhirat Kelak.I/Allah.Aminnn...

YA Allah kau Ampunkanlah segala dosa guru-guruku,berkatikanlah hidup mereka, dan tempatkanlah mereka dikalangan orang2 yang kau Redhai..


Friday 22 July 2011

SELAMAT HARI JUMAAT

Assalamualaikum...semua,,..sedar tak sedar kadang2 kita selalu terlupa dengan Hari jumaat, Hari jumaat bukan sebarangan hari..Hari yang mana umat Islam selalalu berkumpul tanpa mengira darjat,pangkat ataupun warna kulit..yang hanya membezakan kita adalah Iman &Takwa kita kepada Allah. cuba kita fikirkan...bila ja kita dengar hari jumaat mesti ada 'Aura' dia yang tersendiri, bukan apa..hormatnya kita dekat hari jumaat..cukup tinggi..MasyaAllah..Hebat bukan..:-)

seperti mana hadis Nabi S.A.W yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
 

KELEBIHAN HARI JUMAAT

1- Penghulu segala Hari

2- Nabi Adam a.s diciptakan

3-Allah turunkan Nabi Adam a.s ke bumi

4-Allah mematikan Nabi Adam a.s

5- Hari Kiamat akan berlaku

PARA MALAIKAT TURUN KE BUMI

Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.


Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
 

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”


Oleh, itu marilah sama2 kita mengharap keredhaan Rabbul Jalil agar kita diberi keberkatan Hidup didunia dan akhirat..wallhualam..

Tuesday 12 July 2011

Wanita...permata berharga

  


KHUSUS UNTUK KAUM HAWA....

"Andainya berlian & intan dibungkus rapi & disimpan pula dalam peti berkunci, 
maruah seorang wanita apatah lagi...."

"Manfaat apabila wanita memakai hijab iaitu mereka kekal sebagai 
wanita yang solehah & terhormat. dengan demikian,
     mereka tidak diganggu,didekati,apatah lagi dirayu..............."

"Seindah-indah  hiasan adalah wanita solehah"

" Tinggi rendahnya darjat bangsa itu bergantung 
pada ketinggian darjat (maruah) kaum wanitanya.."

"Wanita yang cemerlang dalam kedua-dua aspek,iaitu pakaian dan adab,tidak ubah  seperti botol mineral  yang SEMPURNA. Jangan lupa, hanya botol mineral sempurna yang DIPANDANG orang dan BERBALOI untuk DIBELI"

" Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa...............(Ali-Imran,3:133)


                                                 Comelll..nya..

Thursday 7 July 2011

Memaafkanlah seikhlas mungkin

Suatu hari apabila Rasulullah s.a.w ditanya mengenai budi pekerti atau akhlak yang mulia, baginda menjawabnya dengan membacakan ayat Al-Quran surah al-A'raf:198 yang bermaksud:

'Berilah kemaafan,ajaklah kepada kebaikan dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil"
sabdanya lagi mengingatkan: "Akhlak yang mulia ialah menghubungkan orang yang memutuskan hubungan denganmu,memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadamu dan memaafkan orang yang menganiayaimu."                                                                                                        
(Hadis riwayat Jabir).

Terang dan jelas,antara ciri-ciri akhlak yang mulia adalah memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita. Sayangnya,sama ada kemaafan itu diminta atau tidak,tidak dapat dinafikan sememangnya kebanyakan kita agak sukar memberikannya seikhlas yang mungkin,kerana perasaan ego yang menebal dalam jiwa.

walaupun lisan mengucapkan "saya maafkan" tetapi ketikanya masih ada kesan yang membara. kerana itulah barangkali kita masih teringat-ingat salah orang yang pernah menimpa diri,dan akhirnya menimpa diri sendiri.


Namun itulah kita, makhluk yang tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Tetapi Allah, al-Khaliq yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang, akan sentiasa pula bersama hamba-Nya yang terus berusaha menjadi amnusia yang sempurna untuk mencapai keredhaan-Nya.


      Jadilah diri kita seorang yang pemaaf...

Dipetik dari majalah Al-Islam, Tahun 1998

Wednesday 6 July 2011

Sukarnya mendapat Jodoh

Musim Perkahwinan kian membahang. Tahniah kepada sahabat-sahabat yang telah mendirikan baitul muslim,setelah tamat pengajian di kampus,ketika masih belajar..apa2 pun, Jodoh itu adalah ketentuan Allah..cuma bezanya antara cepat atau lambatnya..apa yang penting kita kena usaha..

Ana teringat satu hadis meh ana nk kongsi bersama dengan sahabat2 semua..

Nabi s.a.w bersabda.:" Perkahwinan adalah salah satu Sunnahku" maka barangsiapa yang menghidupkan sunnahku..maka dia adalah tergolong dari kalangan ummatku"..
Apa yang hendak ana kongsikan disini.. persoalan yang makin hangat dibincangkan dikalangan remaja,  rakan-rakan kampus,terutamanya yang berusia 17 tahun ke atas,sinonimnya umur baya2 macam nie la..selalu fikir pasai khawin.. Ishh..kenapa la payah sangat nak dapat jodoh.. persoalannya kenapa ya???

Jom..kita teruskan membaca:-

kat sini ana akan merungkai satu persatu...

1-Jodoh belum sampai: apa-apa pun kita kena berikhtiar dan berdoa..
2-Cara kita memahami Qadak dan Qadar Allah
3-Hati tidak fokus: kena banyak berdoa, jangan terlalu mementingkan diri sendiri.

4-Belum bersedia: perasaan sama ada sudah bersedia atau belum bersedia selalu menghantui diri.aku x bersedia lagi la..camna nak kawin..haa..yang ni la kata-kata yang selalu kita sebut, Dr Fadzilah Kamsah kata: kena kawin dulu..baru la betul..memang time tu kita dah bersedia..

5-Terlalu memilih: dari segi keturunan,kekayaan,warna kulit,segala kecantikan,tahap pendidikan dan sebagainya.yang nie selalu berlaku dekat kaum lelaki...

6-Hati masih tidak bersih: jangan banyak diselaputi kebencian, maka ubatilah hati dengan perasaan kasih sayang dan berbaik sangka dengan semua orang.. 

Insya Allah.. mudah-mudahan kita mendapat jodoh yang terbaik..Aminnn...


Dipetik: daripada Dr Hj fadzilah Kamsah, Solusi isu 29

Marhaban Ya Ramadhan...



Dugaan berpuasa cukup hebat... walaupun hanya puasa sunat..
apatah lagi puasa wajib ...
khususnya untuk orang perempuan..
sudahkah anda menjelaskan hutang kita dengan Allah..
yang mana masih tertinggal tu, cepat-cepatlah jelaskan..takut-takut makin berganda pulak nanti.
emmm..tidak lama lagi kita umat islam bakal menyambut Puasa Ramadhan. 
saya nak ucapkan Marhaban Ya Ramadhan kareem..
bersediakah kita dengan bulan Ramadhan tidak lama lagi..
dengan amal ibadat kita..
dimanakah persiapan kita..

  • solat terawih
  • al-quran
  • kefahaman tentang puasa
  • solat-solat sunat 
  • Doa dari anak yang soleh dan solehah
  • lain-lain lagi ibadat untuk cari redha Allah
tengok la picture kat atas tu..terliur sangat, beginilah dugaan bagi sesiapa yang berpuasa..
apa2 pun bila kita nk melakukan sesuatu mestilah ikhlas dan sabar bebanyak..top up semula amal ibadat kita.

sebelum itu saya ada lagu khusus untuk kamu semua:-

"Ku Harapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
agar dapat ku lalui dengan sempurna.."

 nak tahu lebih lanjut lagi dengarlah..lagu ni:-

selamat menghayati...


harapan Ramadhan: Raihan


ok..sekian saja coretan saya...wasalam


bercintakah kita dengan dunia




Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…



wasalam………Jumpa lagi...:-)